Friday 4 December 2009

Keputusan Audit Dalaman 5S yang Pertama..

Audit 5S bagi zon-zon di Pusat Latihan UiTM telah berjaya dilakukan pada 23 November 2009 yang lepas. Keputusan audit adalah seperti berikut :

Tempat Pertama - Zon De' Warisan
Tempat Kedua - Zon Optimus
Tempat Ketiga - Zon Pantau
Tempat Keempat - Zon Wawasan

Ketua Audit 5S Pusat Latihan UiTM iaitu Encik Roslan Abdul Hamid telah memberikan beberapa komen terhadap audit pertama ini. Mengikut komen Ketua Audit 5S Pusat Latihan UiTM ini keseluruhan markah bagi setiap zon masih di bawah 50% dan memerlukan beberapa penambahbaikan. Beliau berharap setiap zon akan melakukan penambahbaikan lagi supaya mencapai sasaran 5S Pusat Latihan UiTM.

Diharap semua ahli Zon Wawasan mengambil inisiatif atas teguran dari Ketua Audit 5S ini dan semua ahli dapat mempergiatkan lagi usaha supaya mencapai sasaran 5S ini.

Audit Dalaman 5S Kali Kedua

Dimaklumkan bahawa Audit Dalaman 5S bagi kali kedua akan diadakan seperti butiran berikut :

Hari : Selasa
Tarikh : 8 Disember 2009
Masa : 9.30-11.30 pagi

Good Luck ya..!!

Gotong-Royong Perdana Pusat Latihan UiTM..

Gotong-royong Perdana Pusat Latihan UiTM akan diadakan seperti butiran berikut :

Hari : Isnin
Tarikh : 7 Disember 2009
Masa : 8.30 pagi - 12.30 tengahari

Diharap semua ahli Zon Wawasan dapat menghadirkan diri.