Friday 4 December 2009

Keputusan Audit Dalaman 5S yang Pertama..

Audit 5S bagi zon-zon di Pusat Latihan UiTM telah berjaya dilakukan pada 23 November 2009 yang lepas. Keputusan audit adalah seperti berikut :

Tempat Pertama - Zon De' Warisan
Tempat Kedua - Zon Optimus
Tempat Ketiga - Zon Pantau
Tempat Keempat - Zon Wawasan

Ketua Audit 5S Pusat Latihan UiTM iaitu Encik Roslan Abdul Hamid telah memberikan beberapa komen terhadap audit pertama ini. Mengikut komen Ketua Audit 5S Pusat Latihan UiTM ini keseluruhan markah bagi setiap zon masih di bawah 50% dan memerlukan beberapa penambahbaikan. Beliau berharap setiap zon akan melakukan penambahbaikan lagi supaya mencapai sasaran 5S Pusat Latihan UiTM.

Diharap semua ahli Zon Wawasan mengambil inisiatif atas teguran dari Ketua Audit 5S ini dan semua ahli dapat mempergiatkan lagi usaha supaya mencapai sasaran 5S ini.

Audit Dalaman 5S Kali Kedua

Dimaklumkan bahawa Audit Dalaman 5S bagi kali kedua akan diadakan seperti butiran berikut :

Hari : Selasa
Tarikh : 8 Disember 2009
Masa : 9.30-11.30 pagi

Good Luck ya..!!

Gotong-Royong Perdana Pusat Latihan UiTM..

Gotong-royong Perdana Pusat Latihan UiTM akan diadakan seperti butiran berikut :

Hari : Isnin
Tarikh : 7 Disember 2009
Masa : 8.30 pagi - 12.30 tengahari

Diharap semua ahli Zon Wawasan dapat menghadirkan diri.

Monday 23 November 2009

Gambar Gotong-Royong

Kami ahli Zon Wawasan telah mengadakan satu gotong-royong pada 12 November 2009 yang lepas. Gotong-royong ini meliputi aktiviti penandaan peralatan, memperkemaskan buku khidmat pelanggan, mengemas dan menyusun atur Bilik Seminar Wawasan dan lain-lain lagi.

Audit 5S

Audit 5S bagi pusat akan diadakan pada :

Tarikh : 23 November 2009
Hari : Selasa
Masa : 9.30-11.30 pagi

Diharap semua ahli Zon Wawasan bersiap sedia untuk menghadapi audit kali pertama ini.
Good Luck tO all of the members..

Wednesday 11 November 2009

Gotong-royong Di Villa Wawasan..

Mesyuarat Zon Wawasan bagi bulan November ini tamat pada pukul 4.30petang. Terima Kasih diatas kesudian ahli Zon Wawasan kerana menghadiri mesyuarat pada kali ini. Mesyuarat telah memutuskan untuk mengadakan Gotong-royong di Villa Wawasan ini pada hari Khamis bersamaan 12 November 2009. Diharap semua ahli dapat memberikan kerjasama.

Mesyuarat Zon Wawasan Bil 8/2009

Dimaklumkan bahawa mesyuarat Zon Wawasan akan diadakan pada :

Tarikh : 11/11/2009
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Wawasan

Oleh itu,semua ahli dijemput hadir.